Tuesday, 24 November 2015

BELALAI GAJAH



Pokok belalai gajah ini adalah sejenis herba berdahan lembut. Daunnya dimakan sebagai ulam, dimasak sayur atau dibuat kerabu dan sangat baik untuk penyakit kanser. Batangnya yang lembut sangat mudah ditanam hanya dengan menggunakan keratan batangnya. Ia sesuai ditanam di dalam bekas dan diletak di tempat tinggi kerana batangnya akan berjuntai ke bawah seperti belalai gajah. Habitat yang sesuai adalah di tempat yang teduh atau separa matahari.

Belalai Gajah
1 Pokok RM6.00
2 Pokok RM10.00
3 Pokok dan ke atas, harga borong

Whtup:013-3805650

MISAI KUCING


Misai kucing adalah pokok yang tahan lasak. Ianya tahan kepada cuaca dan juga boleh hidup di dalam tanah yang tidak subur. Pucuk misai kucing boleh dimakan  dan daunnya juga boleh dikeringkan untuk dibuat minuman teh. Selain berkhasiat ia juga cantik sebagai penghias laman kerana bunganya yang unik seperti misai kucing. Misai kucing mempunyai bunga warna putih dan ungu. Ia adalah pokok yang sangat sesuai ditanam oleh mereka yang sentiasa sibuk dalam urusan seharian kerana memerlukan penjagaan yang sangat minima.

Misai Kucing (bunga putih)
1 Pokok RM6.00
2 Pokok RM10.00
3 Pokok keatas, harga borong

Whtup : 013-3805650


Tuesday, 22 September 2015

ULAM BELUNTAS

Pucuk pokok Beluntas ini biasanya dibuat sebagai ulam mentah. Cara penanaman adalah melalui keratan dahan/batang seperti ubi kayu. Ia boleh ditanam di dalam pasu sahaja asalkan rajin 'trim' agar pokok kelihatan cantik dan pucuk baru sentiasa keluar. Pokok ini sifatnya agak panas. Maka sudah memadai 3 helai pucuk muda untuk dibuat ulam pada setiap hari. Pokok ini agak lasak dan mampu bertahan di bawah sinaran terik matahari.