Pucuk pokok Beluntas ini biasanya dibuat sebagai ulam mentah. Cara penanaman adalah melalui keratan dahan/batang seperti ubi kayu. Ia boleh ditanam di dalam pasu sahaja asalkan rajin 'trim' agar pokok kelihatan cantik dan pucuk baru sentiasa keluar. Pokok ini sifatnya agak panas. Maka sudah memadai 3 helai pucuk muda untuk dibuat ulam pada setiap hari. Pokok ini agak lasak dan mampu bertahan di bawah sinaran terik matahari.
No comments:
Post a Comment